Perkara Asas dalam DSLR Photography
DSLR camera and compact mempunyai fungsi yang sama iaitu mengambil gambar, but ada perbezaan pada cara penggunaan. DSLR boleh hasilkan gambar yang lebih berbagai berbanding compact camera.
DSLR tak semudah compact camera yang hanya point and shoot. DSLR ada pelbagai setting yang perlu ditetapkan bagi menghasilkan sesuatu gambar yang menarik dan cantik. Antara perkara asas yang perlu ialah SHUTTER
speed, aperture dan ISO.
speed, aperture dan ISO.
1) SHUTTER
speed
speed- SHUTTER
speed atau dalam bahasa melayu kelajuan SHUTTER
ialah kepantasan kamera kita mengambil gambar. Anda akan sedar pada skrin anda terdapat nombor 1/100, 1/200 dan sebagainya dalam unit saat. - Semakin cepat SHUTTER
speed, semakin statik gambar yang diambil dan juga kurang cahaya akan masuk. Begitulah juga sebaliknya.
2) Aperture
- Aperture mempunyai fungsi yang sama seperti iris pada mata kita.
- Aperture mengawal jumlah cahaya masuk ke dalam kamera anda.
- Jika anda lihat pada kamera anda akan tertulis f3.5 - f5.6 (pada lens 18-55mm) merupakan aperture pada kamera anda.
- Aperture juga bergantung kepada keupayaan lens anda.
- Semakin besar aperture, semakin kecil bukaan lens tersebut.
3) ISO
- ISO ialah tahap sensitif sensor kamera anda. ISO wujud sebelum kewujudan kamera digital lagi iaitu kamera filem. ISO berlainan bergantung kepada filem yang digunakan.
- Filem kamera yang yang mempunyai ISO yang rendah seperti 100 ataupun 200, filem tersebut sesuai digunakan pada keadaan sekeliling yang terang dan cerah.
- Filem kamera yang mempunyai ISO yang tinggi seperti 400 sesuai digunakan dalam environment yang gelap.
- Tetapi pada zaman sekarang kebanyakan kamera menggunakan sensor dimana ISO dapat ditetapkan pada sensor tersebut. Jadi tidak perlu lagi kita membeli filem yang berlainan malah dapat menggunakan ISO yang lebih tinggi.
- Secara kasarnya, ISO yang tinggi mempunyai tahap sensitif yang tinggi terhadap cahaya.
- Walaupun ISO yang tinggi mempunyai kelebihan tersebut akan tetapi, gambar yang terhasil akan menghasilkan noise pada gambar tersebut.
Perkara diatas merupakan perkara asas yang perlu anda semua tahu sebelum anda menggunakan kamera DSLR. Jika anda berjaya menguasaai 3 perkara diatas, maka anda telah bersedia untuk mempelajari tentang fotografi dengan lebih lanjut.
sumber dari nazrin91.blogspot.com


No comments:
Post a Comment