Zaza Harun
Not a writer but try to be...
Labels
[Gambar] Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China
6 lagu yang menghina Islam dan yang tidak patut anda nyanyikan .
Air Kangen??
Arjuna dan Autisme..
Autisme??
Bagaimana membina sebuah papan selaju @ skateboard
Bandar Tenggelam 25 Tahun Lalu Tiba2 Muncul Semula di Argentina
Bolehkah Kita Orang Islam Mengadakan Hantaran Sirih Junjung?
Cheese + biskut = Cheesekut
Cumulonimbus dalam Al Qur’an
Dr. Mohd Hannan Yusof dan Kecantikan
Girl and Skateboarding
Hati ku tertinggal di Gunung Kinabalu
Jom warna t-shirt sendiri!!!
Kek Lapis Oreo
Ketam Masak Bercili
Kisah Fynn Jamal
Lets go Mossy Forest!!
Makaroni Bakar
Parlimen Mesir Izin Persetubuhan Dengan Mayat Suami/Isteri?
QS. An-Nur (24) ayat 43
RAWATAN FRACTIONAL LASER UNTUK MUKA
Skuad Banjir UKM- Hari 2
Skuad Banjir UKM- Hari 3
Skuad Banjir UKM- Hari 3 ....continue
Skuad Banjir UKM- Malam Hari 2
Skuad Banjir UKM-Hari 1
Sunday, 5 March 2017
hai guys
warghhh 2 tahun tak buka blog..cepatnya masa berlalu..create blog pun sebab masa belajar (2 semester je he.he.he) lecturer IT pakseee ngeeee..ok nti kita jumpa lagi.. :)
Thursday, 15 January 2015
Hati ku tertinggal di Gunung Kinabalu
Mendaki Gunung Kinabalu merupakan salah satu aktiviti yang mencabar boleh kamu lakukan sekiranya melancong ke Sabah. Pengalaman semasa mendaki ni sebenarnya memberikan kita satu pengajaran dan pengalaman yang berharga buat sesiapa sahaja yang pernah mendaki Gunung Kinabalu. Namun bukan senang untuk mendapat tempahan mendaki pada masa ini. Kebanyakan tempahan pakej mendaki selalu penuh dan menyebabkan ramai yang masih list menunggu untuk mendaki. Tempahan pakej mendaki pula perlu dibuat 5 bulan sebelum tarikh mendaki. Ini disebabkan kerana tempahan yang selalu penuh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan tempat.
Di Kinabalu Park, kami perlu mendaftar untuk melakukan pendakian. Kami tiba di Kinabalu Park sekitar pukul 8 pagi selepas sarapan pagi. Setiap pendaki perlu mendapatkan permit pendakian sebelum mula mendaki. Setelah urusan pendaftaran selesai, kami semua dibawa menaiki bas menuju pintu rasmi pendakian iaitu Timpohon Gate (1,866m).
Di Kinabalu Park, kami perlu mendaftar untuk melakukan pendakian. Kami tiba di Kinabalu Park sekitar pukul 8 pagi selepas sarapan pagi. Setiap pendaki perlu mendapatkan permit pendakian sebelum mula mendaki. Setelah urusan pendaftaran selesai, kami semua dibawa menaiki bas menuju pintu rasmi pendakian iaitu Timpohon Gate (1,866m).
-Set sarapan pagi disediakan-

Kemudahan porter juga ada untuk bawa beg kami. Power meraka ni.

Trak cantik tapi perlu berhati-hati
Ketinggian memakin memuncak kebanyakan pokok renek dan permukaan trak berbatu

Yeah here we goooo!!!

Kami akan bermalam di Laban Rata kerana seawal 3 pagi kami akan menaiki puncak gunung.
Bilik untuk kami bermalam.

Cafe Laban Rata
Permandangan dari cafe.

Matahari terbenam.
Bersedia untuk tidur kerana kami kena bangun seawal 3 pagi namun rezeki tidak menyebelahi kami kerana hujan terlalu lebat untuk kami meneruskan perjalanan ke puncak gunung. Kami dinasihatkan supaya tidak meneruskan pendakian kerana track terlalu licin dan air dari puncak turun laju. Untuk keselamatan kami membatalkan niat kami walaupun perasaan hampa. Tunggu kami tetap akan sampai ke puncak juga suatu hari nanti!!!
Lets go Mossy Forest!!




Mossy Forest atau Hutan Berlumut yang terletak hampir dengan gunung Brinchang mungkin kurang popular kerana laluan jalanraya ke sini yang sukar, tetapi keindahannya memang cukup memukau.
Bagi pendaki gunung, kawasan Mossy Forest yang dikatakan pernah menjadi tempat pengambaran filem Puteri Gunung Ledang bukanlah satu rahsia. Namun, kewujudannya tidak banyak diketahui oleh orang awam.
Jika anda tidak mahu mendaki, dan hanya mahu melakukan jungle trekking dengan bantuan 4WD, anda boleh ke sini dengan bantuan jeep pemandu pelancong dan menaiki platform kayu sepanjang 150m yang disediakan oleh Jabatan Hutan Cameron Highlands.
Di sini anda akan melihat kawasan hutan sejuk yang kaya dengan lumut — dari tanah hinggalah batang kayu, semuanya diliputi lumut hijau yang menyerap air seperti span basah.
Anda juga dapat melihat bandar Ipoh dari kawasan gunung ini.
Tips Pengunjung
1. Anda boleh datang dengan kenderaan sendiri atau dengan pakej pelancongan. Tetapi oleh kerana jalannya yang sempit, mendaki dan cukup sukar, kebanyakan pemandu selalunya akan patah balik di separuh jalan kerana pemanduan yang sukar dan papan tanda yang kurang.
2. Jalan ke Mossy Forest melalui jalan yang sama ke Ladang Teh BOH Sg Palas tetapi anda akan melalui satu laluan lain di pertengahan jalan.
3. Bersedia dengan kasut dan pakaian yang sesuai untuk masuk ke hutan. Ia bakal basah dan berselut.
4. Anda dinasihatkan mengikuti pemandu pelancong jika tidak bersedia untuk memandu di kawasan sebegini.
Kisah Fynn Jamal, Arjuna dan Autisme...
Fynn Jamal, saya kira meletop secara tiba-tiba. Beliau betul-betul meletop dan terkenal apabila mula berhijab. Lagu Arjuna Beta menjadi bualan secara meluas.
![]() |
Namun, mungkin sudah ada yang mengenali beliau dan mengikuti perkembangan beliau sejak dulu lagi. Fynn Jamal atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin merupakan guru bahasa Inggeris di Kazakhstan selama hampir 3 tahun dan merupakan pemegang ijazah Sastera dan Lingusitik Inggeris daripada UIA.
Beliau begitu lantang menyuarakan pendapat di media sosial dan amat disenangi ramai dek kerana sentiasa memperjuangkan hak-hak mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya wanita dan kanak-kanak.
Mungkin tidak asing lagi lagu Arjuna Beta yang Fynn Jamal tujukan buat anak angkatnya Arjuna. Sebak dengar lagu ni bila diteliti liriknya. Bagi saya, suara Fynn Jamal biasa-biasa sahaja, tetapi lagu dan lirik ciptaannya ternyata sangat unik dan lain daripada yang lain.
Arjuna dilahirkan dengan masalah jantung, namun selepas pembedahan dia kini pulih sepenuhnya.
Tapi, bila Juna makin besar, Fynn mula melihat ada 'kelainan' pada Juna. Juna telah dibawa menjalani pemeriksaan dan hasil ujian pakar mengesahkan Juna penghidapautisme kategori mild. Antara ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Juna adalah seperti:
- Suka menyusun blok kayu dan dia akan marah apabila blok kayu tersebut diganggu susunannya;
- Bila disepahkan, dia akan menyusunnya semula;
- Tidak pernah memberikan eye contact mahupun sebarang tindak balas apabila namanya dipanggil;
"Buat ibu bapa yang mempunyai anak autisme dan sebagainya, pertamanya perlu banyakbersabar dan ingat selalu anak-anak kita ni bukan consciously pilih untuk reject didikan dia.
Mereka memang tak mampu untuk daftar input tertentu sebab otak mereka yang sangat selektif.
Sebagai contoh, kalau otak dia memang otak ilmu fizik, tunjuklah panda gemuk ke paintball paling canggih ke memang dia tak ambil perhatian.
Perlahan-lahan kayuh.
Kalau kita kuat semangat, dari Perlis ke KLCC naik basikal pun akan sampai.
Cuma lambat atau cepat.
Usah risau hidup ini bukan pertandingan.
Apa yang penting sebagai ibu bapa dengan anak autistik, jangan cepat putus asa kalau anak kita tak masuk ajar sekuat mana pun kita mencuba."
Mendalam nasihat Fynn Jamal ni, saya sangat sukakan ayatnya "hidup ini bukan pertandingan".
Insyaallah, walaupun anak-anak saya tiada yang autisme, tapi nasihat ini juga terpakai untuk saya yang juga bergelar seorang ibu. Tanggungjawab saya besar untuk mencorakkan keperibadian dan hala tuju kehidupan anak-anak.
Hidup ini bukan pertandingan.
It's okay kalau anak kita masih tidak tahu membaca pada umur 5 tahun di kala rakan-rakannya yang lain telah pandai membaca. Jangan dipaksa anak itu. Sedih saya mendengar kisah kawan saya yang telahpun menghantar anak ke kelas tuisyen seawal umur 5 tahun semata-mata kerana beliau lambat membaca.
Yang penting, kita tahu apa yang kita nak design anak kita untuk masa depannya, di dunia dan di akhirat.
Sebelum mengundur diri, jom dengarkan lagu Warkah Arjuna (Arjuna Beta).
Saya suka.
Autisme??
Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada kanak-kanak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun.
Penyebab autisme adalah gangguan neurobiologis yang menjejaskan fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara berkesan.
Gejala yang sangat menonjol adalah sikap kanak-kanak yang cenderung tidak mempedulikan persekitaran dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak berkomunikasi dan berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri. Anak autistik juga mengalami kesukaran dalam memahami bahasa dan berkomunikasi secara lisan.
Disamping itu seringkali (prilaku stimulasi diri) seperti berputar-putar, mengepak-ngepakan tangan seperti sayap, berjalan berjinjit dan lain sebagainya.
Gejala autisme sangat berbeza. Sebahagian kanak-kanak berkelakuan hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka cenderung sangat sulit mengendalikan emosinya dan sering tempertantrum (menangis dan mengamuk). Kadang-kadang mereka menangis, ketawa atau marah-marah tanpa sebab yang jelas.
Selain berbeza dalam jenis gejalanya, intensitas gejala autisme juga berbeza-beza, dari sangat ringan hingga sangat berat.
Oleh kerana banyaknya perbezaan-perbezaan tersebut di antara masing-masing individu, maka saat ini gangguan perkembangan ini lebih sering dikenali sebagai Autistic Spectrum Disorder (ASD) atau Gangguan Spektrum Autistik (GSA).
Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya.
Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal. Antara tanda-tanda yang mungkin anak anda autisme adalah;
Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal. Antara tanda-tanda yang mungkin anak anda autisme adalah;
- Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
- Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
- Tidak mencapai tahap perkembangan tepat waktu. Setiap kanak-kanak berkembang secara berbeza. Beberapa kanak-kanak akan merangkak pada empat bulan sementara yang lain tidak boleh, sampai mereka beberapa bulan lebih tua. Ini boleh menjadi normal. Masalahnya bermula apabila setiap tonggak jauh lebih lambat dari biasanya.
- Anak tidak berbicara. Anak-anak belajar bercakap pada usia yang berbeza. Beberapa akan mula berbicara sangat muda sementara yang lain hanya akan mulai melontarkan kalimat utuh satu hari. Ini boleh sangat normal. Namun jika anak anda tidak mempunyai jenis bicara mengoceh pada usia satu tahun yang satu ini boleh menjadi perhatian utama. Kebanyakan kanak-kanak akan mengatakan beberapa perkataan pada saat mereka enam belas bulan. Jika anak anda tidak melakukannya segeralah hubungi doktor.
- Tidak ada hubungan mata. Kebanyakan bayi dan kanak-kanak-kanak-kanak akan melihat anda ketika anda bercakap kepada mereka. Anak-anak autis sering tidak memberikan hubungan mata. Mereka tidak akan mengarah ke objek. Mereka tidak akan melihat sesuatu yang anda cuba untuk tunjukkan kepada mereka.
- Anak tidak menunjukkan emosi. Anak-anak autis sering tidak menunjukkan emosi apapun. Mereka tidak tersenyum kembali apabila seseorang tersenyum pada mereka. Mereka tidak menunjukkan peduli ketika seseorang di sekitar mereka mengekspresikan rasa sakit, atau menangis. Anak autis biasanya tidak suka dipegang atau dipeluk.
- Suka bermain sendiri. Anak autis biasanya akan bermain sendiri. Mereka merasa lebih selesa sendiri, dan seakan-akan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka kesulitan mencari teman. Mereka tidak tahu bagaimana berhubungan dengan anak-anak lain. Mereka tidak mengerti ketika kanak-kanak lain bergurau dengan mereka.
- Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
- Anak kehilangan kemahiran mengetahui. Anak mungkin telah belajar untuk bercakap dan kemudian kelihatan seolah-olah mereka lupa bagaimana. Mereka boleh belajar kemahiran baru dan kemudian seminggu kemudian tidak tahu bagaimana melakukannya. Anak-anak autis sering kehilangan kemahiran yang telah mereka pelajari.
- Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
- Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
Parlimen Mesir Izin Persetubuhan Dengan Mayat Suami/Isteri?
Seperti yang kita sedia maklum, lumrah manusia hanya membenarkan persetubuhan antara lelaki dan wanita yang masih hidup..Namun, sekira nya sesuatu persetubuhan itu dilakukan oleh pasangan terhadap pasangan nya yang telah mati, ia dianggap sebagai satu taboo dalam masyrakat, terutamanya dalam masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam..Keinginan untuk bersetubuh dengan mayat ni sering diklasifikasikan dengan istilah Necrophilia.. Tapi, sekarang ni, Kerajaan Mesir, iaitu antara kerajaan Islam yang terbesar di dunia telah meluluskan usul bagi membenarkan persetubuhan dengan mayat suami atau isteri..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..

KAHERAH: Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan. Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.
Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan. Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan. Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara.
Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya. Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia.
Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia. Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini. Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar “Asmara Selamat Jalan.”
Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan. “Ia tidak boleh diterima. “Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya.
Sumber: Duniacarcamarba
[Gambar] Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China
Kejadian gempa bumi sememangnya merupakan bencana alam yang paling menakutkan berikutan mampu meragut ribuan nyawa dan memusnahkan harta benda..Di China, bagai mati hidup semula, sebuah bandar yang pernah tenggelam akibat banjir sejurus berlakunya gempa bumi 5 tahun lalu muncul dengan pemandangan yang mengerikan seperti sebuah pekan hantu..Nak tengok? Meh usha kat bawah ni..
Koleksi gambar-gambar dibawah ini menunjukkan pemandangan menakjubkan sebuah bandar yang secara keseluruhannya telah muncul dari tasik kira-kira lima tahun selepas ia tenggelam berikutan gempa bumi yang berlaku secara besar-besaran.
Hampir 10 buah bangunan termasuk rumah, pejabat dan sekolah rendah telah beransur-ansur muncul dari air selepas bandar Xuanping musnah pada tahun 2008.
Satu gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter melanda kampung di Beichuan County, Wilayah Sichuan menyebabkan ia tenggelam sepenuhnya oleh air tasik bersebelahan.
Pada bulan Julai lalu, tebing tasik yang mengalami kerosakkan teruk selepas banjir terbesar dalam 50 tahun di China telah menyebabkan air banjir untuk kembali surut.
Paras air kini telah jatuh dari 712 meter di atas paras laut kepada 703 meter, menyebabkan kemunculan semula bandar berkenaan. Malah, bendera kebangsaan China yang tergantung di tiang sekolah rendah Xuanping turut masih berada di tempat asalnya seolah-olah menanti untuk berkibar semula.
Kebanyakkan mereka yang pernah tinggal di bandar itu telah kembali ke kawasan tersebut untuk melihat kesan peninggalan yang ada di sekitar bekas rumah mereka.
Kuarters kediaman kakitangan kerajaan dan unit pejabat muncul dari dalam air bersama-sama dengan bangunan lain dan kira-kira 10 buah rumah.
Kemunculan semula bandar itu amat serupa dengan sebahagian daripada jalan cerita dalam rancangan sensasi, Channel 4 iaitu The Returned. Rancangan bersiri Perancis yang dijalankan di bandar gunung kecil di mana ramai orang mati muncul semula, seolah-olah mereka masih hidup dan normal.

Koleksi gambar-gambar dibawah ini menunjukkan pemandangan menakjubkan sebuah bandar yang secara keseluruhannya telah muncul dari tasik kira-kira lima tahun selepas ia tenggelam berikutan gempa bumi yang berlaku secara besar-besaran.
Hampir 10 buah bangunan termasuk rumah, pejabat dan sekolah rendah telah beransur-ansur muncul dari air selepas bandar Xuanping musnah pada tahun 2008.
Satu gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter melanda kampung di Beichuan County, Wilayah Sichuan menyebabkan ia tenggelam sepenuhnya oleh air tasik bersebelahan.
Pada bulan Julai lalu, tebing tasik yang mengalami kerosakkan teruk selepas banjir terbesar dalam 50 tahun di China telah menyebabkan air banjir untuk kembali surut.
Paras air kini telah jatuh dari 712 meter di atas paras laut kepada 703 meter, menyebabkan kemunculan semula bandar berkenaan. Malah, bendera kebangsaan China yang tergantung di tiang sekolah rendah Xuanping turut masih berada di tempat asalnya seolah-olah menanti untuk berkibar semula.
Kebanyakkan mereka yang pernah tinggal di bandar itu telah kembali ke kawasan tersebut untuk melihat kesan peninggalan yang ada di sekitar bekas rumah mereka.
Kuarters kediaman kakitangan kerajaan dan unit pejabat muncul dari dalam air bersama-sama dengan bangunan lain dan kira-kira 10 buah rumah.
Kemunculan semula bandar itu amat serupa dengan sebahagian daripada jalan cerita dalam rancangan sensasi, Channel 4 iaitu The Returned. Rancangan bersiri Perancis yang dijalankan di bandar gunung kecil di mana ramai orang mati muncul semula, seolah-olah mereka masih hidup dan normal.










Subscribe to:
Posts (Atom)

