Di Kinabalu Park, kami perlu mendaftar untuk melakukan pendakian. Kami tiba di Kinabalu Park sekitar pukul 8 pagi selepas sarapan pagi. Setiap pendaki perlu mendapatkan permit pendakian sebelum mula mendaki. Setelah urusan pendaftaran selesai, kami semua dibawa menaiki bas menuju pintu rasmi pendakian iaitu Timpohon Gate (1,866m).
-Set sarapan pagi disediakan-

Kemudahan porter juga ada untuk bawa beg kami. Power meraka ni.

Trak cantik tapi perlu berhati-hati
Ketinggian memakin memuncak kebanyakan pokok renek dan permukaan trak berbatu

Yeah here we goooo!!!

Kami akan bermalam di Laban Rata kerana seawal 3 pagi kami akan menaiki puncak gunung.
Bilik untuk kami bermalam.

Cafe Laban Rata
Permandangan dari cafe.

Matahari terbenam.
Bersedia untuk tidur kerana kami kena bangun seawal 3 pagi namun rezeki tidak menyebelahi kami kerana hujan terlalu lebat untuk kami meneruskan perjalanan ke puncak gunung. Kami dinasihatkan supaya tidak meneruskan pendakian kerana track terlalu licin dan air dari puncak turun laju. Untuk keselamatan kami membatalkan niat kami walaupun perasaan hampa. Tunggu kami tetap akan sampai ke puncak juga suatu hari nanti!!!
No comments:
Post a Comment