Thursday, 15 January 2015

Lets go Mossy Forest!!




Mossy Forest atau Hutan Berlumut yang terletak hampir dengan gunung Brinchang mungkin kurang popular kerana laluan jalanraya ke sini yang sukar, tetapi keindahannya memang cukup memukau.
Bagi pendaki gunung, kawasan Mossy Forest yang dikatakan pernah menjadi tempat pengambaran filem Puteri Gunung Ledang bukanlah satu rahsia. Namun, kewujudannya tidak banyak diketahui oleh orang awam.
Jika anda tidak mahu mendaki, dan hanya mahu melakukan jungle trekking dengan bantuan 4WD, anda boleh ke sini dengan bantuan jeep pemandu pelancong dan menaiki platform kayu sepanjang 150m yang disediakan oleh Jabatan Hutan Cameron Highlands.
Di sini anda akan melihat kawasan hutan sejuk yang kaya dengan lumut — dari tanah hinggalah batang kayu, semuanya diliputi lumut hijau yang menyerap air seperti span basah.
Anda juga dapat melihat bandar Ipoh dari kawasan gunung ini.

Tips Pengunjung

1. Anda boleh datang dengan kenderaan sendiri atau dengan pakej pelancongan. Tetapi oleh kerana jalannya yang sempit, mendaki dan cukup sukar, kebanyakan pemandu selalunya akan patah balik di separuh jalan kerana pemanduan yang sukar dan papan tanda yang kurang.
2. Jalan ke Mossy Forest melalui jalan yang sama ke Ladang Teh BOH Sg Palas tetapi anda akan melalui satu laluan lain di pertengahan jalan.
3. Bersedia dengan kasut dan pakaian yang sesuai untuk masuk ke hutan. Ia bakal basah dan berselut.
4. Anda dinasihatkan mengikuti pemandu pelancong jika tidak bersedia untuk memandu di kawasan sebegini.

No comments:

Post a Comment