Hari ketiga misi kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan besar akan meneruskan kerja mencuci manakala 1 lagi kumpulan kecil yang akan pergi menghantar sumbangan dari kampung ke kampung.
Setelah selesai memindahkan barangan ke dalam lori dan 4x4 perjalanan kami pada hari ini adalah bergerak dari kampung ke kampung untuk edar barangan keperluan kepada penduduk kampung yang berhampiran. Kami amat teruja dengan tugasan pada hari ni kerana ni adalah pengalaman pertama menyertai sukarelawan. Dengan penuh semangat dan dedikasi yang tinggi kami bergerak secara konvoi menuju ke kampung pertama iaitu Kg. Star.


-Loading barang sumbangan-

-Team konvoi-

-Penduduk Kg. Star-

-Sumbangan mula diedarkan-

Keadaan kampung ini boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya kerana lumpur yang tebal menyelubungi seluruh pelusuk Kg. Star

Keadaan di dalam rumah penduduk yang dipenuhi lumpur tebal


-Rumah penduduk kampung yang rosak akibat banjir-
Kami meneruskan misi ke kampung seterusnya.Namun terdapat halangan kerana jambatan yang menghubungkan kampung tersebut telah roboh. Ini menyukarkan kerja menyalurkan sumbangan.


-Rumah penduduk kampung yang rosak akibat banjir-
Kami meneruskan misi ke kampung seterusnya.Namun terdapat halangan kerana jambatan yang menghubungkan kampung tersebut telah roboh. Ini menyukarkan kerja menyalurkan sumbangan.
-Ini halangan kami-
Kami terpaksa menaiki boat untuk menyeberangi sungai Gua Musang ini. Jadi kami perlu menurunkan satu per satu barangan ke di masukan ke dalam boat. Alhamdulillah dengan semangat berpasukan yang terbentuk dari diri kami barangan dpt di hantar ke bawah dengan cepat.





-Boat pertama membawa barangan bergerak menuju ke kampung-

-Selain barangan lain kemah turut diedarkan bagi mangsa yang kehilangan rumah akibat banjir besar-
Oleh keran kesuntukan masa kami tidak dapat meninjau keadaan kampung ini. Kami serahkan barang sumbangan ini kepada ketua kampung tersebut untuk diedarkan kepada penduduk kampung. Seterusnya kami terus menujuk ke kampung berikutnya.
.........to be continue
No comments:
Post a Comment