Sehari Sebelum bergerak ke Gua Musang kami di beri taklimat tentang gambaran situasi di sana, apakah peralatan dan pakaian yang sesuai semasa untuk menjalankan tugas disana bagi membantu mangsa banjir dan paling penting sekali adalah isu kebersihan diri. Kami diajar cara penyucian tangan yang betul. Sukarelawan pada misi kali ni terdiri daripada pelajar dan kakitangan UKM dari pelbagai unit dan cabang.
HARI 1
Jam 8.00 pagi 8 Januari 2015 kami berkumpul di perkarangan Panggung Seni DECTAR. Sebelum bergerak pendaftaran dilakukan dan pemberian badge kepada semua sukarelawan dan seterusnya kami bergerak menaiki bus.


-Seramai lebih 200 orang sukarelawan yang mengikuti misi ke Gua Musang.-
-Badge-
Hampir jam 6.00 petang kami sampai ke Asrama PLKN KESEDAR Gua Musang. Di sini kami akan menginap sehingga hari terakhir misi.

Selesai makan malam satu taklimat diadakan untuk pembahagian tugas keesokan harinya. Antara tugas yang akan dilakukan adalah membersihkan Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi Gua Musang. Kami nasihatkan untuk membawa kasut boot getah dan hand sanitizer kerana keadaan adalah berlumpur dan tiada bekalan air paip/ air bersih. Selepas habis taklimat kami semua diarahkan supaya tidur awal kerana keesokan kerja-kerja berat perlu dilaksanakan.





No comments:
Post a Comment