1) CONSULTATION (APPOINMENT 1)
konsult untuk rawatan yang sesuai bagi keadaan kulit anda..! anda perlu berjumpa dengan doktor pakar kulit..dermatologist...jangan sesekali jumpa beautician /saloon sekiranya mereka tidak mempunyai tenaga yang benar2 bertauliah. Takot muka ekau jadi macam final destination nanti. Pada tahap ni doktor akan tengok tone kulit, jenis laser yang sesuai, berapa kali rawatan dan juga kos rawatan. biasanya kos sekitar RM600-800 sekali buat..tak termasuk ubat(sekiranya ada). Tapi ada juga klinik yang kos rawatan tu dah dikira termasuk ubat sekali.
2) APPOINMENT 2
-NUMBING CREAM
Kulit muka saya disapu numbing cream untuk bagi kulit muka jadi kebas. Serious..nak cakap pun rasa semacam je kebasnya.. Cream ni dibiarkan selama 30 minit. Lepas tu sebelum rawatan laser dibuat sekali lagi cream ini di sapu.
-RAWATAN LASER
Disebabkan dah sapu numbing cream..semasa proses laser langsung tak rasa sakit!...ok..ok..i tipu je... rasa sakit sikit je..macam muka digigit-gigit manja oleh sang semut.. Lepas tu ada bau-bau macam benda terbakar..itu ialah rambut-rambut halus di muka yang terbakar. Disebabkan doktor fokus pada kawasan bermasalah sahaja iaitu disekitar pipi dan dahi saya..jadi proses laser saya cuma +-5 minit sahaja. lepas rawatan muka rasa bengkak dan panas sedikit.
-COOLING MASK
Nurse bagi pakai cooling mask yang sangat-sangat-sangat melegakan rasa tak selesa tu.... mask ni dipakai selama 20 minit..bolehla baring sat dalam bilik rawatan tu.
Selepas 20 minit, mask ditanggalkan dan muka dicuci,selepas irtu nurse bagi mask macam topeng jerebu tu untuk cover muka jika anda perlukan.
-UBAT-
sebelum balik saya dibekalkan dengan satu tiub ubat antibiotik gel tak silap. Gel itu macam vaselin dan perludisapu di muka selama 4 hari.
-PESAN DOKTOR-
Tak boleh cuci muka guna pencuci, tak boleh pakai mekap, dan paling penting TAK BOLEH KENA MATAHARI!
-FACE CONDITION/IMPROVEMENT-
Beberapa jam selepas rawatan
Pipi Kiri
Pipi Kanan
NI PULAK KEADAAN MUKA SEKARANG IAITU 3 MINGGU SELEPAS RAWATAN..
JENGGG...JENNGG.....JENGG...
Pipi kanan
Pipi kiri
1) keadaan kulit jadi cerah sikit dan lebih bermaya..
2) berlaku pengelupasan yang halus sahaja di kawasan yang dilaser..
3) tak nampak ada perubahan lagi pada parut kawah (pipi kanan bahagian atas, pipi kiri bahagian bawah tapi tak anmpak dalam gambar sebab tak terlalu lekuk, then ada satu di bahagian dahi parut chicken pox)
4) parut bintik dah kurang di sesetengah kawasan.





No comments:
Post a Comment