Selesai mandi, solat subuh dan sarapan pagi kami menaiki bas ke Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi Gua Musang.

Permandangan dari luar kawasan sekolah ini seperti tiada apa yang terjadi hanya yg kelihatan sampah sarap di merata-rata hinggakan kami melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah terdapat lumpur yang tebal dan bau yang agak kurang menyenangkan. Tanpa berlengah kami diberikan peralatan mencuci seperti sarung tangan getah, penyapu, penyodok, penolak air,sabun basuh, kerata sorong, dan mask.



Semua perabot dari dalam bilik asrama dikeluarkan dan majoritinya tidak boleh digunakan lagi. setelah selesai mengosongkan semua bilik tugas seterusnya adalah mencuci lantai dan dinding bangunan. Tetapi satu masalah yang dihadapi ialah ketiadaan bekalan air paip. Walaubagaimanapun masalah ini telah di maklumkan awal jadi pihak UKM telah bersedia memanggil pakar-pakar dari bahagian kejuruteraan untuk menyelesaikan masalah bekalan air.
Pihak kejuruteraan mengambil alternatif dengan pam air dari air sungai. Nasib menyebelahi hanya beberapa meter di belakang bangunan sekolah terdapat sungai selesai satu masalah. Air sungai yang dipam kerja pembersihan dilakukan beramai ramai.
-Air sungai yang dipam dari sungai-





-Kerja pembersihan-
Jam 1.00 petang makanan sampai kami semua makan dan rehat sebelum menyambung tugas. Jam 4.30 tugas pembersihan berhenti dan akan disambung keesokan hari kerana masing-masing sudah keletihan.






No comments:
Post a Comment